Saturday, June 9, 2012

MAKHLUK GHAIB YANG SUKA BERHUBUNGAN SEKS DENGAN MANUSIA

10 MAKHLUK GHAIB YANG SUKA BERHUBUNGAN SEKS DENGAN MANUSIA

 Sepanjang sejarah di dunia, banyak orang pernah mengaku melakukan hubungan seks dengan mahluk-mahluk dari alam ghaib. Dan sebagai hasilnya, sering diceritakan beberapa mahluk misteri yang pernah muncul di tengah-tengah kehidupan masyarakat.


10. Popobawa
Popobawa adalah makhluk bermata satu dan mempunyai zakar yang besar. Konon makhluk ini suka mengekori lelaki dan wanita di Zanzibar, Afrika. Mahluk ini boleh menjelma menjadi hewan mau pun manusia. Mahluk ini biasanya mengusik dan bersetubuh dengan  mangsanya pada malam hari, dan tidak membeda-bedakan lelaki, wanita, maupun anak-kanak.



9. Trauco and La Fiura
Mahluk ini berasal dari Chile, sebuah pulau di Chile bahagian selatan. Mahluk ini punya kekuatan dengan renungan matanya untuk melumpuhkan para wanita sebelum berhubungan seks dengan mereka. Mahluk ini berkomunikasi dengan berdengus. Beberapa laporan mengatakan, makhluk ini juga tidak berkaitan langsung dengan mangsanya, tapi cukup dengan renungan matanya boleh membuat para mangsanya hamil.



8. Succubus
Succubus adalah syaitan wanita yang mempunyai paras rupa menarik yang boleh menggoda para lelaki untuk melakukan hubungan seks dengannya. Konon makhluk ini diyakini sebagai refleksi dosa manusia yang berkaitan dengan seks terhadap wanita.



Incubus
Incubus ialah makhluk lelaki dari Succubus. Incubus akan mengeluarkan tenaga dan menyerap tenaga para mangsanya. Berbeza dengan Succubus, Incubus menghamili mangsanya dengan benih Incubus. Dan apabila bayinya lahir, bayi tersebut tidak mempunyai denyutan dan tidak bernafas. Setelah berusia 7 tahun,barulah  bayinya menjadi normal dan menarik serta mempunyai kecerdasan tinggi. Menurut lagenda, penyihir Merlin diyakini adalah hasil dari hubungan antara Incubus dan manusia.



7. Encantado
Di Brazil, daerah hutan Amazon, ikan lumba-lumba di sungai Boto dipercayai mempunyai kekuatan untuk menjelma. Mahluk yang boleh menjelma menjadi seorang lelaki tampan itu disebut Encantado. Encantado akan mengajak wanita ke sungai, dan berubah kembali menjadi ikan lumba-lumba, kemudian menghamili wanita itu. Para wanita muda  akan berwaspada dengan setiap lelaki yang memakai topi, karena menurut lagenda, Encantado selalu memakai topi untuk menutup rupa asalnya.



6. Lilu
Dalam cerita rakyat Yahudi, Lilu adalah syaitan yang suka melawat wanita di saat tidur. wanita dari Lilu adalah Lili. Para syaitan ini merupakan sumber kekhuatiran para ibu karena mereka juga dikenali suka menculik anak-anak. Lilu dan Lili suka mengunjungi mangsanya pada malam hari untuk menghasilkan benih keturunan demi kelanjutan bangsa mereka.



5. Liderc
Di daerah utara Hungary, konon dikenali makhluk yang disebut Liderc. Mahluk itu menetas dari telur ayam hitam, dan sering disembunyikan di beg. Mahluk ini masuk ke rumah mangsanya melalui lubang kunci. Apabila masuk, makhluk ini berubah menjelma menjadi manusia yang dimiripkan dengan kerabat mangsanya. Mahluk ini memperkosa mangsanya dan selepas itu membuat rumahnya menjadi sangat kotor sebelum pergi. Beberapa laporan mengatakan, kadang Liderc menjadi selesa dengan mangsanya dan tidak mau melepaskannya. Sampai hari ini, sudah menjadi kebiasaan bagi anak-kanak-kanak di Hungary untuk buang dan memecahkan telur yang keluar dari ayam hitam agar terhindar dari makhluk itu.



4. Orang Minyak
Pada tahun 1960, banyak mangsa wanita mengalami pemerkosaan di beberapa tempat di Malaysia. Pelakunya digambarkan sebagai orang telanjang, dan seluruh tubuhnya dipenuhi dengan minyak. Beberapa orang berkata, bahawa Orang Minyak tidak boleh dilihat oleh perempuan yang sudah tidak perawan. Di masa kepanikan itu, banyak mangsa wanita muda mula memakai baju berpeluh dan bau untuk mengelirukan agar Orang Minyak ingat mereka adalah lelaki. Beberapa spekulasi mengatakan, bahawa Orang Minyak hanyalah manusia penjahat biasa yang melumuri badannya dengan minyak agar susah ditangkap.



3. Alp
Lagenda ini berasal dari cerita rakyat dari Jerman. Alp adalah makhluk yang bentuknya kecil seperti kuman yang memasuki tubuh mangsanya melalui lubang hidung, mulut, atau vagina. Apabila masuk, maka Alp mempunyai kemampuan untuk mengendalikan mimpi si mangsa dan menciptakan mimpi buruk. Para mangsanya akan merasa seperti tidak bernafas dan susah hendak bangun.



2. Malaikat (Barat)
Menurut kitab Yahudi, Nephilim adalah bangsa besar hasil dari hubungan antara malaikat dan manusia. Menurut cerita, dahulu para tertinggi malaikat turun ke bumi untuk mengajar manusia tentang kebaikan. Dan setelah berabad-abad, kebanyakan Malaikat tersebut tertarik pada wanita di bumi dan melakukan hubungan seks sehingga menghasilkan Nephilim. Seiring waktu, Nephilim ternyata boleh melakukan kejahatan dan dosa yang besar. Dengan perkara itu, Tuhan murka dan memerintahkan malaikat Gabriel untuk memerangi mereka sampai punah.



1. Alien
Menurut isu yang beredar, sudah banyak kes-kes penculikan oleh alien, dan banyak dari mereka mengaku berhubungan seks dengan alien. Seorang lelaki dari desa di Brazil bernama Antonio, pada tahun 1957, dia mengaku diculik oleh alien dan ditempatkan di bilik yang di dalamnya terdapat seorang wanita cantik dan dia dipaksa melakukan hubungan seks dengannya. Howard Menger mengaku sering berhubungan seks dengan Marla, seorang wanita cantik berambut perang berusia 500 tahun dari luar angkasa. Pada tahun 1970, seorang gadis berumur 19 tahun mengaku pernah diperkosa oleh 6 makhluk berwarna biru dan berkaki seperti manusia. Dia diperkosa setelah menyaksikan pesawat luar angkasa mereka mendarat.

Akibat kurangnya bukti-bukti mengenai hal tersebut, banyak pihak yang mengabaikan laporan-laporan seperti itu dan malah menganggap bahawa tuntutan-tuntutan tentang alien seperti itu merupakan halusinasi orang-orang tersebut. ~LB~

No comments:

Post a Comment