Pada Tahun 1493, Christopher Columbus
telah belayar mendekati Pulau Haiti di kepulauan Hawai, beserta para
awak² kapalnya dan kemudiannya telah melihat tiga makhluk aneh yang
muncul di permukaan laut luas berdekatan sebuah gugusan karang.
Mereka amat kehairanan tatkala
melihat wajah dan bentuk fizikal makhluk tersebut kerana separuh
tubuhnya adalah seperti manusia dan separuh lagi adalah seperti tubuh
seekor ikan. Berlainan sekali dengan makhluk² yang pernah mereka jumpai
di muka bumi ini. Ketika mereka sedang mencari jawapan daripada rasa
kehairanan itu tiba-tiba ketiga-tiga makhluk tersebut menghilang ke
dalam lautan luas dan meninggalkan para awak² kapal yang kebingungan.
Pengalaman aneh itu terus
membayangi fikiran Columbus sepanjang hidupnya dan telah menjadi
perbincangan hangat di mana-mana tempat mereka berkumpul. Malah dalam
satu terbitan jurnalnya, pelaut Sepanyol itu (kelahiran Itali) telah
menukilkan dalam catatannya bahawa makhluk itu wajahnya benar-benar
menyerupai manusia tetapi bermula dari pinggang ke bawah makhluk itu
adalah seperti ikan. Nota Columbus itu telah mengundang pelbagai
pertanyaan kepada para pembaca. Seterusnya menimbulkan polemik dan
perdebatan serius daripada para saintis dan orang awam sehinggakan ia
berlarutan selama ratusan tahun.
"Masakan wujud manusia yang
mampu hidup dan tinggal di dalam lautan padahal untuk hidup dalam air
makhluk hidup tersebut harus mempunyai insang?" Fikir para
penyelidik yang setengah percaya setengah tidak tatkala membaca catatan
Columbus berhubungan dengan fenomena misteri itu.
Tulisan berkaitan makhluk
misteri tersebut yang ditulis oleh penemu benua Amerika itu hingga ke
saat ini terus berkembang. Bahkan selain Columbus, kononnya terdapat
juga seorang pelaut Inggeris bernama Henry Hudson yang mengakui pernah
bertemu dengan mahkluk aneh sepertimana yang telah ditemui oleh
Columbus. Ia mengakui penemuannya dengan makhluk misteri itu adalah pada
tahun 1608. Makhluk aneh tersebut telah dijumpai di sebuah gugusan
pulau yang sebahagian daratannya sedang diliputi salji. Kisah
perjalanannya mengharungi "tujuh samudera" yang di antaranya ke kawasan
gugusan pulau-pulau di Siberia, Kutub Utara yang masih lagi asing
daripada kesan jejak manusia.
Ditulis di dalam buku "The
Adventures" ia menceritakan ketika waktu siang, beliau dan para awak²
di dalam kapalnya sedang belayar di lautan Utara Russia. Lalu dengan
tiba-tiba melalui teropong seorang pelaut telah terlihat sekujur susuk
tubuh yang mencurigakan berada di pinggir pantai sebuah gugusan karang
yang sedang diseliputi salji. Digambarkan bentuk makhluk itu pada
bahagian atas jasadnya adalah seperti manusia. Lekuk tubuhnya sangat
jelas, memiliki rambut panjang terjurai dibalik bahu yang putih.
Bahagian tubuh bawahnya yang ada di permukaan pasir pantai pula
menyerupai seekor ikan. Setelah makhluk tersebut mendapati terdapat
kapal yang sedang mendekati mereka, kawanan makhluk itu pun dengan
pantas terus menghilangkan diri di dalam kedinginan laut utara Russia.
Pelbagai teori dan analisa
daripada pelbagai belahan bumi telah dikaitkan dengan misteri kewujudan
ikan duyung. Namun setelah sekian lama, bukti demi bukti pun mulai
tersingkap, sama ada yang berupa mumia, gambar di dinding kuil, bangunan
kuno, mahupun bukti berupa patung-patung purba.
Kisah manusia ikan ini nyaris
sahaja menjadi seperti kisah UFO atau makhluk purba yang lain seperti,
Lochness, ular naga, dan big foot yang telah berkembang tanpa tiada
jalan penamat dan terus menjadi bahan berita berdasarkan penemuan dan
bukti bukti di tapak penemuan ditambah pula dengan pelbagai bentuk ujian
dan kajian yang dilakukan. Maka ada sesetengah para saintis telah
menyimpulkan yang pada dasarnya mereka bersepakat bahawa makhluk² aneh
tersebut merupakan salah satu daripada spesis makhluk hidup yang pernah
wujud di muka bumi ini yang mungkin telahpun pupus pada masa sekarang.
Hingga kini, kemajuan sains dan
teknologi marin di dunia pada dasarnya masih lagi belum mampu untuk
mengungkap lebih jauh data-data yang berkaitan dengan kehidupan makhluk
air misteri ini. Dengan peralatan dan teknologi canggih yang ada
sekarang, para saintis kononnya baru sahaja mampu untuk menyelam hingga
ke kedalaman sekitar 4.000 meter sahaja. Para saintis berkata, 70
peratus isi bumi ini adalah air lautan yang sedang dihuni oleh dua
trilion spesis biota laut yang kehidupannya masih lagi belum mampu untuk
disingkap. Namun apa yang sudah diinvestigasi oleh para pengkaji saat
ini hanyalah tidak lebih daripada angka satu peratus sahaja.
Di dalam catatan dokumentari
antarabangsa lain yang telah dihasilkan oleh seorang veteran Perang
Dunia II dan ahli ilmu pengetahuan alam yang berbangsa Yunani bernama
Pulini, dalam karya abadinya yang berjudul (terjemahan) "History of
Universe" (Sejarah Alam) dikatakan bahawa berdasarkan bukti dan data
yang ada sekarang yang diperolehi dari seluruh belahan bumi
berkemungkinan kewujudan makhluk setengah ikan tersebut tidak perlu lagi
diragui. Ia bahkan mengandaikan dengan pasti bahawa makhluk air yang
misteri itu sebenarnya mempunyai kaitan dengan lagenda benua kota
Atlantis yang telah hilang.
Seorang pengkaji lain yang
bernama Doktor Yelimiya iaitu seorang saintis dari Rusia juga
menceritakan bahawa sekumpulan pelajarannya yang terdiri daripada para
pengkaji biota laut juga telah menemui suatu makhluk yang aneh. Mereka
menceritakan bahawa telah menemui sesusuk tubuh mumia makhluk misteri di
sebuah gua pesisir Pantai Laut Hitam yang merupakan sebahagian dari
wilayah Rusia Selatan. Khabar penemuan ini telah disebarkan di dalam
sebuah jurnal ilmiah. Mereka mendedahkan susuk tubuh makhluk yang
ditemui tersebut berbeza daripada penemuan-penemuan mereka sebelumnya di
daerah lain.
Makhluk aneh ini tampak
benar-benar seperti seorang wanita dan berkulit hitam. Fizikal mumia ini
bermula dari ekor hingga ke pinggangnya adalah bersisik seperti ikan
dan bentuknya juga adalah sepertimana seekor ikan, sementara dari
bahagian tengah tubuhnya dan ke atas pula menyerupai tubuh manusia
wanita dengan panjang keseluruhannya 173cm. Daripada ujian carbon yang
dilakukan, para ilmuan meyakini usia makhluk tersebut ketika meninggal
dunia adalah berusia lebih daripada 100 tahun dan usia mumianya mungkin
berumur sekitar 4.000 tahun.
Di Indonesia, terdapat sejenis
ikan duyung yang bentuknya seperti ikan lumba-lumba. Hidup berkelompok
di perairan Timur Indonesia dari Pulau Bali hingga ke NTT dan Kepulauan
Maluku. Ikan ini sangat jinak dan termasuk haiwan yang akan menyusu
anaknya dan berada dalam golongan mamalia laut kerana menyusui anaknya
yang sepertimana sifat ikan paus yang juga berada dalam kategori haiwan
mamalia laut. Uniknya binatang ini adalah apabila tubuhnya terkena
tiupan udara maka dari bahagian kelopak matanya akan mengeluarkan air
seperti air mata. Air inilah yang mungkinnya sering kali dikatakan
dengan nama panggilan air mata duyung untuk diproses menjadi minyak
duyung yang mengandungi khasiat dalam perubatan dan kononnya juga dalam
ilmu pengasih.
No comments:
Post a Comment